Program Waqaf Pendidikan UTB (WaqafPendidikan@UTB) adalah satu inisiatif Universiti Teknologi Brunei untuk membukakan peluang kepada orang awam di Negara Brunei Darussalam untuk berwaqaf Mushaf UTB.
"Bandingan pahala orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah umpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu ada seratus biji dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah maha luas (kurniaNya) lagi maha mengetahui."
"Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."
Bersempena dengan sambutan ulang tahun penubuhan Universiti Teknologi Brunei yang ke-40 Tahun, Universiti Teknologi Brunei melalui Bahagian Waqaf Pendidikan Universiti Teknologi Brunei telah mengatur inisiatif untuk membukakan peluang mengalakan berwaqaf Mushaf UTB kepada orang awam di Negara Brunei Darussalam. Projek pertama pengumpulan pewaqif Mushaf UTB dibukakan bermula 19 Januari 2026 sehingga 18 Januari 2027.
Pada peringkat permulaan, naskah waqaf mushaf UTB yang dibukakan adalah sebanyak 500 naskah dan ianya dihadkan untuk penerima manfaat waqaf dalam Negera Brunei Darussalam sahaja.
Projek ini adalah kesinambungan dari projek penyediaan Mushaf UTB sebagai kepala perarakan (cokmar) Majlis Konvokesyen UTB yang telah diresmikan semasa Majlis Konovkesyen UTB pada 3 September 2025 yang lalu.
Projek ini dilancarkan semasa majlis pelancaran sambutan ulangtahun UTB ke-40 di Balai Khazanah, Jalan Pejabat Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

Ulang Tahun UTB
Naskah Mushaf UTB
Tempoh Projek
Pilihan destinasi untuk menyalurkan waqaf anda
Masjid/Surau/Balai Ibadat
Sekolah-Sekolah dibawah Kementerian Pendidikan
Sekolah-sekolah dibawah Kementerian Hal Ehwal Ugama
Institusi Pengajian Tinggi
Persendirian
Lain-Lain
© 2026 Universiti Teknologi Brunei. All rights reserved.